Tuesday, March 19, 2013

PANDUAN MEMBELI BARANGAN SECARA ONLINE


Sekadar untuk peringatan berkenaan penipuan yang sering dilakukan dalam pengiklanan online seperti Mudah.My,Lelong,Ebay,Lowyat atau dimana-mana laman web, Forum, Blog yang menawarkan perkhidmatan pengkilanan barangan secara percuma.
Antara yang perlu anda tahu kebanyakkan kes pernipuan adalah seperti berikut:
1) KETULINAN BARANGAN

-Menjual barangan yang tidak Orginal, sedangkan yang di iklan mengatakan ianya 100% Orginal.

2) KUALITI BARANGAN

-Menjual barangan yang kita tidak tahu akan kerosakan dalamannya, sedangkan penjual mengatakan 98% masih baru dan tiada sebarang kerosakan. penipu akan memberi pelbagai alasan lagi untuk melariskan penjualan barangan tersebut.

3) KEWUJUDAN BARANGAN

-Menjual barangan yang sangat murah dari harga sebenar dan memberi potongan harga yang tidak munasabah selepas proses tawar menawar untuk menarik perhatian pembeli dengan niat untuk menipu dan menyamun pembeli. sebagai contoh: 
Niat untuk MENIPU duit Pembeli
-Tidak menawarkan perkhidmatan COD (Cash on Delivery), Pembeli diminta untuk membayar wang pendahuluan melalui akaun bank yang ditetapkan oleh penjual sebelum barangan tersebut dihantar melalui Pos laju atau sebagainya. 

Niat untuk MENYAMUN Pembeli
-Menawarkan Perkhidmatan COD (Cash on Delivery), Pembeli diminta datang ditempat yang dijanjikan oleh penjual untuk urusan jual beli, sekiranya pembeli setuju dengan cadangan tersebut, penjual datang membawa teman-temannya untuk tujuan menyamun.

Sebagai langkah berhati-hati, kepada anda yang ingin membeli barangan yang ditawarkan oleh pembeli di Mudah.My atau dimana-mana ruang cyber yang menyediakan perkhidmatan jual beli ini, Sila Pastikan:

1) Anda menggunakan perkhidmatan enjin carian google untuk langkah pemulaan sebelum menghubungi pembeli untuk urusan selanjutnya. cari nombor telifon, akaun bank, email atau serba serbi tentang penjual sekiranya ada rekod jenayah penipuan sebelum ini.

2) Disarankan hanya membeli kepada penjual yang menyediakan perkhidmatan COD (Cash on Delivery) sahaja, dan pastikan aturjanji tersebut ditempat umum dan ramai orang jika anda pergi seorang diri.

3) Bawa teman anda yang arif tentang selok belok barangan yang hendak dibeli supaya anda tidak tertipu dengan kerosakan, ketulinan barangan tersebut yang anda tidak ketahui. kebanyakan pembeli hanya melihat dari luaran sahaja. tanpa memeriksa sepenuhnya fungsi barangan tersebut.

Sekian Terima Kasih

1 comment:

  1. Terbaik la admin.. memang setuju sangat la dengan kata2 admin nih... anyway, bacelah blog aku pasal Tips membeli online di TIPS MEMBELI ONLINE

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...